Hartanah di Pulau Pinang sekitar RM250 ribu

Di Pulau Pinang, hartanah mampu milik sentiasa diperdebatkan. Begitu banyak komen tentang apa itu hartanah mampu milik. Sesetengah berpendapat bahawa hartanah mampu milik itu adalah hartanah yang harga silingnya RM400 ribu dan kebawah. Ada pula yang mengatakan harga mampu milik itu sebenarnya RM250 ribu dan kebawah. Ini artikel saya tentang apa itu hartanah mampu milik dan sama ada adakah terdapatnya hartanah sedemikian di Pulau Pinang. Bagi memudahkan semua, saya telah mendapatkan e-kalkulator dari Iproperty yang menunjukkan bayaran perumahan bulanan jikalau anda membeli hartanah berharga RM250 ribu.
250000
Adakah benar terdapat hartanah yang berharga RM250 ribu dan kebawah? Dari pencarian di Propertyguru.Com.My, saya mendapati bahawa sememangnya hartanah rm250 ribu memang agak banyak. Untuk tujuan artikel ini kita akan cuma guna data berkenaan sekiranya projek berkenaan popular. Berikut adalah hartanah yang berharga RM250 ribu dan kebawah.
Mutiara Perdana apartment, Sri Wangsa apartment, Desa Permata, Desa Bayan, Vista Condominium, Taman Seri Sari (Sunshine Garden), Jelutong Park, BJ Court, Sri Impian, Villa Kejora, Sri Aman, Suria Vista, Tanjung Court, Azuria apartment, Jade View dan juga Taman Permai Kumbar yang keluasannya mencecah lebih 1,000 kaki persegi.
Saya dan isteri telah pernah melawat hampir kesemua hartanah yang tertera diatas dan saya berpendapat kesemuanya adalah agak sesuai untuk saya. Ada sesetengah yang lebih bersih, ada yang mempunyai kolam renang yang besar, ada pula mempunyai sistem sekuriti berasaskan kad akses tetapi tiada yang begitu buruk sehingga tidak banyak unit yang didiami. Jikalau anda sedang mencari hartanah berharga RM250 ribu dan kebawah di Pulau Pinang, tidak perlu risau, sememangnya hartanah berkenaan masih ada. Inilah hartanah yang saya katakan mampu milik.
Untuk yang inginkan rumah teres pula, bolehlah pula mempertimbangkan hartanah di Machang Bubok, Butterworth dan Bukit Minyak. Tetapi saya perlu memberitahu bahawa saya tidak pernah menjenguk rumah-rumah teres ini.
Saya bersama isteri tinggal di Villa Kejora untuk tempoh 4 tahun. Dalam 4 tahun ini, saya berenang di kolam renang beberapa kali setiap tahun, mengadakan parti BBQ dan juga bermain ping pong tidak kurang dari 50 kali. Saya rasa, sekiranya kita bukan jutawan, maka kita juga haruslah membeli rumah yang kita mampu. Janganlah kerana rumah, kita berhutang keliling pinggang. 🙂  Jikalau anda memang sedang dalam pencarian rumah yang berharga sekitar RM250 ribu, peluang masih banyak. Harus kita ingat, kalaupun kenaikan harga cuma 1 peratus setiap 2 tahun, itu pun sudah kenaikan RM104 setiap bulan! Masih inigin menunggu? Kebarangkalian harga jatuh itu memang ada sekiranya ekonomi dunia meleset tahun depan. Tetapi jika anda masih sedang menyewa rumah, saya rasa memang penting untuk anda mempunyai satu hartanah yang anda boleh katakan, ‘ini milik saya’.
 
Artikel seterusnya dalam Bahasa Inggeris: Penang Property Potential


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *